BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday

Kasih Yang Kita Dapat Percayai

Pernah kah kamu rasa sendiri di dunia ini. Kecewa sebab sesuatu, rasa macam ditinggalkan. Rasa jauh dari Tuhan. Rasa sunyi? Saya selalu bergumul dengan fikiran saya sendiri. Dulu saya pernah berdoa mau minta masa depan yang bagus dari Tuhan. Kerja, pasangan hidup, kewangan yang merdeka , ini semua masuk dalam doa saya.. Ramai orang yang mau masa depan yang baik kan. Habis degree masa umur 22 tahun dan saya tidak pernah dapat kerja yang saya mau. Dengan ekonomi negara yang kurang baik, pegang degree yang peluang pekerjaan dia terhad. Saya tunggu 3 tahun, dapat interview untuk Pegawai Fizik tapi keputusan dia dukacita sebab hanya 1 kekosongan masa tu. Saya rasa fed up. Masa saya isi SPA8, saya dapat tawaran Jururwat Masyarakat. Dan sekarang saya suda habis belajar dan sudah dapat kerja tetap. 7 Bulan suda bergelar sebagai penjawat awam. Sepanjang beberapa tahun ini juga saya suda mengalami patah hati beberapa kali. Dan sekarang saya sedang couple dengan seseorang. Terus terang, saya rasa saya tidak pernah bersyukur sama Tuhan pun selama 7 bulan ni. Saya terbuai sama kesenangan yang saya rasa sekarang. Saya tiada pg gereja pun selama 7 bulan ni! Sampai lah 2 minggu lalu saya pg Gereja SIB Bandar Sandakan. Saya rasa rindu betul. Rindu melayani Tuhan, rindu menyanyi memuji Tuhan, rindu dengar firman Tuhan, rindu hadirat Tuhan, rindu memberi yang terbaik sama Tuhan. Baru saya sedar betapa saya jauh dari Tuhan. Start sana saya mula sakit, kewangan sedikit goyah, dan ada sesuatu yang saya mau saya tidak dapat. Seolah-olah doa saya tidak kena dengar. Seolah olah saya ditinggalkan Tuhan. Saya nangis memanggil Tuhan. Tuhan di mana kah Engkau? Masa tu Tuhan suruh saya baca firman Tuhan.. 

PEDOMAN HARIAN 23 OKTOBER
KASIH YANG KITA DAPAT  PERCAYAI


Ni bacaan harian cukup untuk menjawab persoalan saya. "KASIH TUHAN ABADI DAN RAHMATNYA TIDAK BERKESUDAHAN; SELALU BARU SETIAP PAGI, SESUNGGUHNYA DIA SETIA! TUHAN SAHAJA YANG AKU PUNYAI, OLEH ITU AKU BERHARAP KEPADANYA" (RATAPAN 3:22-24). Amen. Terima kasih Tuhan. Oleh itu, siapa pun kamu yang baca ni post sekarang, jikalau kamu sedang menghadapi masalah dan pergumulan hidup, apa pun masalah itu, serahkan kepada Tuhan. Percaya pada Tuhan. Dia setia dan tidak pernah meninggalkan kita. Tuhan lah yang cipta kita, setiap hari Dia melihat dan menjaga kita. Amen.