BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday

Tidak Sempurna

Tiada manusia sempurna. Setiap kita manusia mempunyai kelemahan.  Di dalam Alkitab sendiri pun Tuhan memasukkan cerita-cerita mengenai kelemahan seperti orang-orang yang menipu, lemah, tidak boleh dipercayai dan pemarah.

Kejadian 27:1-29
Yakub menipu bapanya supaya dia boleh menerima berkat.

Hakim-Hakim 6:39
Gideon yang begitu tidak yakin terhadap Tuhan sehingga sebanyak dua kali dia meminta Tuhan menunjukkan bukti kepadanya bahawa Tuhan akan sungguh-sungguh melakukan perkara yang dikatakanNya.

Markus 14:66-72
Petrus yang takut akan keselamatan dirinya, dia menafikan sahabatnya bahkan Tuhannya, Yesus.

Tapi apabila kita baca cerita selanjutnya, kita mendapati orang-orang ini dapat mengatasi kelemahan mereka dengan pertolongan Tuhan dan akhirnya dipakai olehNya.

Setiap kita mempunyai kelemahan. Mungkin ayat yang lagi sesuai "semua manusia adalah lemah". Kita memerlukan Tuhan di dalam hidup kita. Dengan rahmat Tuhan, kita boleh mengatasi ketidaksempurnaan kita.
(Pedoman Harian 10 Febuari)

Saya manusia yang tidak sempurna. Terlalu banyak perlanggaran yang saya lakukan. Sudah banyak kali saya mendukakan Roh Kudus dan hati Tuhan. Saya juga pernah persoalkan janji-janji Tuhan. Saya terlalu lemah. Sampai saya rasa saya tidak layak lagi untuk Tuhan. Dan Tuhan tegur saya. Tuhan sangat baik, Dia suka mengampuni. Bila saya jatuh, tanganNya sentiasa sedia untuk tarik saya untuk bangun kembali. Bila saya ketuk pintu, Dia sentiasa bersedia untuk membuka pintu. Dia tidak pernah membiarkan saya melangkah sendirian. Betapa hebatnya kasihNya kepada saya! Dan Tuhan tegur saya. Bila saya fikir kembali untuk semua yang terjadi dalam hidup saya, saya rasa tertegur. Ya, Tuhan Yesus tegur saya.

KuasaNya nyata pada masa kamu lemah..