BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday

Amsal 23:1-18

23:1 Bila engkau duduk makan dengan seorang pembesar, perhatikanlah baik-baik apa yang ada di depanmu.
23:2 Taruhlah sebuah pisau pada lehermu, bila besar nafsumu!
23:3 Jangan ingin akan makanannya yang lezat, itu adalah hidangan yang menipu.
23:4 Jangan bersusah payah untuk menjadi kaya, tinggalkan niatmu ini.
23:5 Kalau engkau mengamat-amatinya, lenyaplah ia, karena tiba-tiba ia bersayap, lalu terbang ke angkasa seperti rajawali.
23:6 Jangan makan roti orang yang kikir, jangan ingin akan makanannya yang lezat.
23:7 Sebab seperti orang yang membuat perhitungan dalam dirinya sendiri demikianlah ia. "Silakan makan dan minum," katanya kepadamu, tetapi ia tidak tulus hati terhadapmu.
23:8 Suap yang telah kaumakan, kau akan muntahkan, dan kata-katamu yang manis kausia-siakan.
23:9 Jangan berbicara di telinga orang bebal, sebab ia akan meremehkan kata-katamu yang bijak.
23:10 Jangan engkau memindahkan batas tanah yang lama, dan memasuki ladang anak-anak yatim.
23:11 Karena penebus mereka kuat, Dialah yang membela perkara mereka melawan engkau.
23:12 Arahkanlah perhatianmu kepada didikan, dan telingamu kepada kata-kata pengetahuan.
23:13 Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan.
23:14 Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati.
23:15 Hai anakku, jika hatimu bijak, hatiku juga bersukacita.
23:16 Jiwaku bersukaria, kalau bibirmu mengatakan yang jujur. 
23:17 Janganlah hatimu iri kepada orang-orang yang berdosa, tetapi takutlah akan TUHAN senantiasa.
23:18 Karena masa depan sungguh ada, dan harapanmu tidak akan hilang.

AMSAL 23:4 JANGAH BERSUSAH PAYAH UNTUK MENJADI KAYA, TINGGALKAN NIATMU INI.

Kasih Yang Kita Dapat Percayai

Pernah kah kamu rasa sendiri di dunia ini. Kecewa sebab sesuatu, rasa macam ditinggalkan. Rasa jauh dari Tuhan. Rasa sunyi? Saya selalu bergumul dengan fikiran saya sendiri. Dulu saya pernah berdoa mau minta masa depan yang bagus dari Tuhan. Kerja, pasangan hidup, kewangan yang merdeka , ini semua masuk dalam doa saya.. Ramai orang yang mau masa depan yang baik kan. Habis degree masa umur 22 tahun dan saya tidak pernah dapat kerja yang saya mau. Dengan ekonomi negara yang kurang baik, pegang degree yang peluang pekerjaan dia terhad. Saya tunggu 3 tahun, dapat interview untuk Pegawai Fizik tapi keputusan dia dukacita sebab hanya 1 kekosongan masa tu. Saya rasa fed up. Masa saya isi SPA8, saya dapat tawaran Jururwat Masyarakat. Dan sekarang saya suda habis belajar dan sudah dapat kerja tetap. 7 Bulan suda bergelar sebagai penjawat awam. Sepanjang beberapa tahun ini juga saya suda mengalami patah hati beberapa kali. Dan sekarang saya sedang couple dengan seseorang. Terus terang, saya rasa saya tidak pernah bersyukur sama Tuhan pun selama 7 bulan ni. Saya terbuai sama kesenangan yang saya rasa sekarang. Saya tiada pg gereja pun selama 7 bulan ni! Sampai lah 2 minggu lalu saya pg Gereja SIB Bandar Sandakan. Saya rasa rindu betul. Rindu melayani Tuhan, rindu menyanyi memuji Tuhan, rindu dengar firman Tuhan, rindu hadirat Tuhan, rindu memberi yang terbaik sama Tuhan. Baru saya sedar betapa saya jauh dari Tuhan. Start sana saya mula sakit, kewangan sedikit goyah, dan ada sesuatu yang saya mau saya tidak dapat. Seolah-olah doa saya tidak kena dengar. Seolah olah saya ditinggalkan Tuhan. Saya nangis memanggil Tuhan. Tuhan di mana kah Engkau? Masa tu Tuhan suruh saya baca firman Tuhan.. 

PEDOMAN HARIAN 23 OKTOBER
KASIH YANG KITA DAPAT  PERCAYAI


Ni bacaan harian cukup untuk menjawab persoalan saya. "KASIH TUHAN ABADI DAN RAHMATNYA TIDAK BERKESUDAHAN; SELALU BARU SETIAP PAGI, SESUNGGUHNYA DIA SETIA! TUHAN SAHAJA YANG AKU PUNYAI, OLEH ITU AKU BERHARAP KEPADANYA" (RATAPAN 3:22-24). Amen. Terima kasih Tuhan. Oleh itu, siapa pun kamu yang baca ni post sekarang, jikalau kamu sedang menghadapi masalah dan pergumulan hidup, apa pun masalah itu, serahkan kepada Tuhan. Percaya pada Tuhan. Dia setia dan tidak pernah meninggalkan kita. Tuhan lah yang cipta kita, setiap hari Dia melihat dan menjaga kita. Amen.

Tidak Sempurna

Tiada manusia sempurna. Setiap kita manusia mempunyai kelemahan.  Di dalam Alkitab sendiri pun Tuhan memasukkan cerita-cerita mengenai kelemahan seperti orang-orang yang menipu, lemah, tidak boleh dipercayai dan pemarah.

Kejadian 27:1-29
Yakub menipu bapanya supaya dia boleh menerima berkat.

Hakim-Hakim 6:39
Gideon yang begitu tidak yakin terhadap Tuhan sehingga sebanyak dua kali dia meminta Tuhan menunjukkan bukti kepadanya bahawa Tuhan akan sungguh-sungguh melakukan perkara yang dikatakanNya.

Markus 14:66-72
Petrus yang takut akan keselamatan dirinya, dia menafikan sahabatnya bahkan Tuhannya, Yesus.

Tapi apabila kita baca cerita selanjutnya, kita mendapati orang-orang ini dapat mengatasi kelemahan mereka dengan pertolongan Tuhan dan akhirnya dipakai olehNya.

Setiap kita mempunyai kelemahan. Mungkin ayat yang lagi sesuai "semua manusia adalah lemah". Kita memerlukan Tuhan di dalam hidup kita. Dengan rahmat Tuhan, kita boleh mengatasi ketidaksempurnaan kita.
(Pedoman Harian 10 Febuari)

Saya manusia yang tidak sempurna. Terlalu banyak perlanggaran yang saya lakukan. Sudah banyak kali saya mendukakan Roh Kudus dan hati Tuhan. Saya juga pernah persoalkan janji-janji Tuhan. Saya terlalu lemah. Sampai saya rasa saya tidak layak lagi untuk Tuhan. Dan Tuhan tegur saya. Tuhan sangat baik, Dia suka mengampuni. Bila saya jatuh, tanganNya sentiasa sedia untuk tarik saya untuk bangun kembali. Bila saya ketuk pintu, Dia sentiasa bersedia untuk membuka pintu. Dia tidak pernah membiarkan saya melangkah sendirian. Betapa hebatnya kasihNya kepada saya! Dan Tuhan tegur saya. Bila saya fikir kembali untuk semua yang terjadi dalam hidup saya, saya rasa tertegur. Ya, Tuhan Yesus tegur saya.

KuasaNya nyata pada masa kamu lemah..

Saturday

Hanya Satu Injil

Galatia 1:6-10

Aku heran, bahwa kamu begitu lekas berbalik dari pada Dia, yang oleh kasih karunia Kristus telah memanggil kamu, dan mengikuti suatu injil lain,
yang sebenarnya bukan Injil. Hanya ada orang yang mengacaukan kamu dan yang bermaksud untuk memutarbalikkan Injil Kristus.

Tetapi sekalipun kami atau seorang malaikat dari sorga yang memberitakan kepada kamu suatu injil yang berbeda dengan Injil yang telah kami beritakan kepadamu, terkutuklah dia.

Seperti yang telah kami katakan dahulu, sekarang kukatakan sekali lagi: jikalau ada orang yang memberitakan kepadamu suatu injil, yang berbeda dengan apa yang telah kamu terima, terkutuklah dia.

Jadi bagaimana sekarang: adakah kucari kesukaan manusia atau kesukaan Allah? Adakah kucoba berkenan kepada manusia? Sekiranya aku masih mau mencoba berkenan kepada manusia, maka aku bukanlah hamba Kristus.

19 April 2015 - Di mana Allah mu?

Mazmur 42:9-11

Aku berkata kepada Allah, gunung batuku: "Mengapa Engkau melupakan aku? Mengapa aku harus hidup berkabung di bawah impitan musuh?"

Seperti tikaman maut ke dalam tulangku lawanku mencela aku, sambil berkata kepadaku sepanjang hari: "Di mana Allahmu?"

Mengapa engkau tertekan, hai jiwaku, dan mengapa engkau gelisah di dalam diriku? Berharaplah kepada Allah! Sebab aku bersyukur lagi kepada-Nya, penolongku dan Allahku!

Berharap Kepada Allah
1) Allah Itu Besar
(Mazmur 145:3)(1 Raja-Raja  8:27)

2) Allah Duduk Di Atas TakhtaNya
(Mazmur 47:9)(Ibrani 12:2)

3) Allah Itu Peduli / Mengerti
(1 Petrus 5:7)(Yohanes 10:11,14)(Mazmur 94: 14)(Ulangan 31:6)

Sunday

Gear Yang Tidak Dipakai

Thursday

Sakit Hati + Kecewa + Kepahitan Hidup (Post saya 3 or 4 tahun yang lalu)


Ok2.. skrg sy mau tulis pasal sakit hati.. napa sy tulis pasal sakit hati? maybe becoz dalam hidup sy selalu jumpa org yang mcm tu... sy pn pernah sakit hati, kecewa n kepahitan sama org lain juga.. Dulu2...sy slalu ni sakit hati sama org, susah lagi mo mengampuni.. tp selepas sy dekat sama Tuhan Yesus Kristus, Roh Mengampuni sudah hadir dalam diri saya.. skrg pn still boleh sakit hati lagi tp setiap kali sy mula sakit hati, sy kasi stop dgn doa + ingat setiap kebaikan yg Dia telah berikan kepada sy.. (Doa Orang Benar Besar Kuasanya...^_^).. sakit hati akhrnya bertukar menjadi sukacita...


KECEWA.. hehe, rasanya setiap org pernah kecewa kn.. sy pn cmtu jg... mcm2 la sebab sy kecewa.. bf? haha... mmg sy pernah kecewa sbb lelaki juga.. xdpt dinafikn, chewahh... lama sy try kasi lupa dia, n stp kali ingt pasal dia sy rasa kecewa bangat.. sebenarnya bukan salah dia, its all my fault.. =p hahaha... sy sebenarnya kecewa sm org sekeliling sy.. sy terus terang, ramai org xmau sy sama dgn dia.. huhu ntah la.. i miss him so much(alamak bejiwank pula~~) wakaka... skarang sy sudah break sm dia.. semua org puas hati?? hahaha... itulah kepahitan sy.. selalu kasi salah org lain... bila ingt balik, lucu pula.. npa sy mau kecewa sbb manusia? (Ibrani 13:6 - sebab itu dengan yakin kita dapat berkata,"Tuhan adalah Penolongku,. aku tidak akan takut. apakah yang dapat dilakukan oleh manusia terhadap aku?")... sy sudah mula kasi lupa dia.. tp msh belum bsedia mau couple balik, bukan sbb heartbreak tp sbb sibuk study n sibuk men game...hahahaha.....


Semester ni mmg buzy btl.. assignment punya la banyak, stress tiap hari tp mmg best pula..rasa pula kehidupan.. hahaha.. dalam masa stress n buzy cmni la syaitan tu datang mengganggu.. segala kepahitan, kecewa n sakit hati muncul tym2 buzy ni.. org buat salah sikit ja sudah mula la sakit hati, pastu mengumpat dia.. aduh... minta dijauhi semua ini.. pernah skali tu, sy pening banget, kerja belum siap( hehe... semua org knal sy.. klu ada kerja, suka buat last minit... klu exam, suka stdy last minit.. tp sy sering diberkati Tuhan sbb semua kerja yg sy buat semuanya diberkatiNya...).. sy sakit hati dg sorg ni.. adalah cerita dia tu... aaduhhh.... minta dijauhi... sy pn bongo2 juga masa tu, boleh pula lupa berdoa?? ya ampunn.... elbo, npa sudah ko ni.. pastu, sy kol mama d rumah.. sy bgtau la mama apa yg sy rs tym tu... mama ckp, "xbleh macam tu.." lpas tu mama tnya, ada berdoa x?? waduuhhhh.... apa sy buat ni, mcmmana boleh lupa doa?? sy xboleh kalah dgn pencobaan!! sy berdoa minta kekuatan.. sy mengampuni dia dan serahkan dia di tangan Bapa di Sorga n selepas tu, semua kerja siap tepat pada masanya tanpa sebarang masalah..


Sebenarnya, kita punya 2 pilihan.. Pertama, memilih untuk dipulihkan n kedua terus dgn sakit hati n kecewa kita.. sy memilih untuk dipulihkan ^_^.. selepas dipulihkan, kita akan lebih mudah masuk ke hadirat Tuhan n rasa lebih dekat dgn Tuhan.. tujuan sy tulis ni blog bukan mau kasi sakit hati org lain tp mau kongsi semua yg pernah Tuhan bg sy rasa.. ya.. kita ni kan saksinya Tuhan Yesus Kristus? jangan malu bersaksi deh.. hehe... dulu hidup sy penuh kemiskinan, kesedihan, kegagalan, xpernah rasa hadirat Tuhan pula tu.. ish3... kesiannn sy duluu ooo... sy pernah ckp sm Tuhan begini "Bapa...npa sy xdpt rs hadiratMu... npa sy sering xdpt apa yg sy mau.. npa org boleh dapat yg lebih baik???....."...hahaha...lucu ni...

tp selepas sy ikt kelas Saya Pengikut Kristus(SPK), sy betul2 dipulihkan.. seluruh hidup sy dipulihkan.. sy mngampuni semua org disekeliling sy.. Bapa buka hati sy n bg sy ingt semua org2 yg sy benci n rasa kepahitan, xsngka sy kepahitan dgn ramai sgt org.. sy sudah mula mhancurkan diri sy secra perlahan2... sy xpernah sedar, tp Bapa telah menyedarkan sy kenapa sy hidup dengan penuh kegagalan selama ini.. ya, itu sbbnya.. KEPAHITAN boleh menyebabkan kita gagal untuk terima berkat Tuhan.. so, sapa2 yg ada kepahitan, jumpa terus dgn org tu.. buka hati anda n minta ampun dgn dia n hati anda akan menjadi lebih terbuka n anda akan dapat mengampuni.. aduhh.. ya2, bukan salah kita tp kita yg perlu minta ampun sbb kita sda kepahitan sm dia.. takut mo jumpa org n minta ampun? berdoa dulu minta kekuatan... yakin dgn penyertaan Tuhan...
hidup sy selepas dipulihkan sgt diberkati.. hidup sy penuh dgn sukacita, damai sejahtera... semua yg sy lakukan berhasil.. ini bukan sbb sy kuat or sbb sy hebat or apa.. tp ni adalah kekuatan dari Tuhan sendiri n kerna Kasih Karunia Dia...


ayat ni bagus.. sy suka ayat ni sejak pertama kali baca...
“Memang kamu telah mereka-rekakan yang jahat terhadap aku, tetapi Allah telah mereka-rekakannya untuk kebaikan, dengan maksud melakukan seperti yang terjadi sekarang ini, yakni memelihara hidup suatu bangsa yang besar” Kejadian 50:20.



kepahitan itu bukan saja dendam sm org lain.. ia juga pasal dosa2 masa lalu.. ya, mgkn kamu pernah buat dosa besar sblm ni?? cthnya menagih dadah dan macam2 lagi.. mungkin kamu ingn berubah tp msh rasa tertuduh... "sy jahat n xlayak memuji n memuliakan Tuhan, biar sy terus hidup cmni..." mana boleh dong... Tuhan rindu untuk kamu dipulihkan.. itu juga salah satu kepahitan.. kepahitan dgn hidupmu sendiri... jangan lupa dong, Tuhan tu xlihat hidup masa lalu kamu.. dia hanya ingin hidupmu pulih dan kamu kembali dgn Dia....



nasihat dr sy... (bkan nasihat untuk kamu ja tp untuk sy juga) ubahlah kepahitan itu kepada sukacita.. terima untuk dipulihkan dan anda akan dapat mengampuni org lain.. jangan sia2kan hidupmu hanya kerana kepahitan2 lalu.. jangan biarkan dosa n kehancuran masa lalu terus mengikat anda.. serahkan seluruh hidupmu kepada Tuhan.. tidakkah kau sedar hidupmu sgt mulia dihadapan Tuhan?? setiap apa yg kau rasakan turut dirasakan olehNya.. kamu menangis , Dia juga menangis.. kamu gembira, Dia juga gembira.. Dia sering beserta kamu tp kamu sering melupakan Dia.. Dia sering menunggu kamu bercakap(doa) dgn Dia tp kamu juga sering lupa untuk itu... apa kamu syg sgt dgn diri kamu, xmau maruah jatuh bila meminta ampun dgn org lain?? malu berhadapan dgn diri kita yg lalu?? xmau malu dihadapn manusia?? keluar dari sayang diri itu!! dirimu bukan milik mu sendiri melainkan milik Bapa Disorga... x kah kamu tau apa yang dikagumi oleh manusia, di benci oleh Allah??(Lukas16:10-15)

kejarlah apa yg mulia dihadapan Tuhan.. serahkan dirimu secara total.. selalu berdoa dan mengucap syukur atas segalanya... Amen...


Tidak kira apa pun dosa lalu kita, Yesus tetap mengasihi kita seadanya.. Yesus mengasihi orang berdosa tetapi membenci dosa!! Tinggalkanlah semua dosa yg mengikat anda! Datang kepada Dia.
Akuilah kesalahanmu dan mintalah agar Allah membersihkan hati anda. Maka Dia akan menunjukkan belas kasihanNya dan memulihkan sukacita anda manakala anda berbalik kepadaNya.


Jesus love u n me...