BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday

Kebaktian umum Ahad SIB Kibbas (29 November 2009)

WL: Mizipah
Pengkhotbah: Harry Gopog

Efesus 4: 29-32
"4:29 Janganlah ada perkataan kotor keluar dari mulutmu, tetapi pakailah perkataan yang baik untuk membangun, di mana perlu, supaya mereka yang mendengarnya, beroleh kasih karunia.
4:30 Dan janganlah kamu mendukakan Roh Kudus Allah, yang telah memeteraikan kamu menjelang hari penyelamatan.
4:31 Segala kepahitan, kegeraman, kemarahan, pertikaian dan fitnah hendaklah dibuang dari antara kamu, demikian pula segala kejahatan.
4:32 Tetapi hendaklah kamu ramah seorang terhadap yang lain, penuh kasih mesra dan saling mengampuni, sebagaimana Allah di dalam Kristus telah mengampuni kamu."

Syukur kepada Tuhan Yesus Kristus kerana saya masih hidup sehingga ke hari ini dengan penuh berkat. Saya mula bertumbuh dan melayani di SIB Kibbas sebagai jemaat dan pernah melayani dalam pelayanan kanak2 iaitu guru sekolah minggu. Terus terang saya katakan, saya sebenarnya tidak aktif melayani di SIB Kibbas.. Semasa melayani pun saya selalu berfikiran duniawi. Perasaan malas dan juga tertekan semasa melayani Tuhan. Saya tau ini tidak menyenangkan hati Tuhan..

Hari demi hari dan tahun demi tahun, saya masih sama macam dulu. Tidak melayani Tuhan Yesus dan langsung tidak mengenal hati Bapa. Melakukan dosa setiap hari tanpa meminta ampun daripada Tuhan, dan sering menyakitkan hatiNya. Sering lupa untuk berdoa dan mengucap syukur kepadaNya. Tapi Yesus maha pengasih, walaupun saya sering menyakitiNya, Dia masih memberkati setiap yang terjadi dalam hidup saya. Buktinya, saya mendapat keputusan yang baik sepanjang pelajaran saya. Sehingga saya berjaya masuk ke kolej matrikulasi yang biasanya hanya pelajar yang terpilih dan layak boleh masuk sana. Tahun 2006, saya masuk ke Kolej Matrikulasi Labuan. Masa di Labuan pun saya masih jauh daripada Bapa. Jarang pergi ke gereja, jarang berdoa tapi saya masih dapat berkat yang luar biasa. Saya hanya mangandalkan kekuatan manusia dan tidak pernah bersyukur atas apa pun yang Tuhan berikan kepada saya. Betapa egonya hati manusia saya!

Mungkin kerana kasih dan kerinduan hati Bapa.. Dia telah menentukan perjalan hidup saya seterusnya ke Johor Bahru. Saya mendapat keputusan yang baik dan telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia dan mengambil jurusan Fizik Kesihatan. Saya merasa bangga dan lupa untuk mengucap syukur  kepada Tuhan. Munglin saya ada berdoa mengucap syukur tapi semacam tidak dari hati saya yang tedalam.

Saya mula melayani sebagai jemaat d SIB Skudai. Sama seperti sebelum nie, sy sangat malas pergi ke gereja. Setiap hari minggu, saya akan rasa 1 beban yang berat sekali di dalam hidup saya. alaupun saya percaya Yesus tapi saya punya kemalasan yang besar pergi ke gereja.

Tapi Yesus maha kuasa. Satu hari tu, saya telah ditegur oleh Yesus sendiri. Dia membuka mata hati saya untuk melihat setiap kebaikan yg telah diberikan kepada saya. Saya dapat melihat semua perkara yg saya lakukan dan tidak menyenangkan hati bapa. Saya juga melihat perjalanan hidup yang sudah hancur dan tidak boleh diterima oleh dunia lagi. Sehingga saya telah medukakan ROH KUDUS dalam diri saya sendiri. Memang dulu saya mengandalkan kekuatan manusia tp terus ternag saya katakan, saya merasa sunyi jauh di lubuk hati. walau betapa ramai sekalipun rakan2 di sekeliling, saya masih kesunyian.

Dan saya tersentuh atas semua kebaikan yg telah Dia berikan dalam hidup saya. Saya x pernah merasakan seperti ini sebelum ini. saya dapat rasa betapa saya sangat dekat dengan Bapa DiSorga.. di sini la saya mula mengenal hati Bapa dan rindu untuk melayani dia setiap masa. Dan kesunyian itu juga serta merta hilang sebab saya tau Bapa selalu menyertai kita semua..^_^

Seperti firmannya, tiada manusia yg x berdosa.. ya, saya tau, saya masih melakukan dosa tanpa kesedaran kerna suka menurut keinginan daging, tapi saya selalu sedar bahawa yg sy buat itu tidak myenangkan hati Tuhan.. saya akan cepat2 datang kepada Tuhan dan meminta kekuatan daripadaNya. mungkin kita sebagai manusia akan cakap "seperti dalam firmanMu, setiap manusia akan melakukan dosa.. jadi tidak apa kan kalau melakukan dosa sekali sekala?" tapi tidakkah kau sedar, Tuhan sendiri telah lahir ke dunia sebagai manusia yang sempurna dan tiada beza sedikitpun dari kita semua tapi dapat menghindarkan diri daripada melakukan dosa? Yesus sudah mengalami semua yang kita rasakan di dunia ini.. penderitaan, kegembiraan, kesedihan... semua dia rasakan sebagai bukti dia merasakan apa yang kita rasakan! kenapa kita masih tidak sedar semua ini! hati saya terentuh setiap kali mengingat kebaikan Yesus yang sanggup mati di kayu salib untuk menebus kita semua..