BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday

Pasangan Hidup

Jawapan untuk semua yang saya fikir sepanjang minggu ni :)
Thanks Jesus Christ..

Ini saya copy dari facebook Pastor Hamzah Sabin

19hb Februari 2013.

Tertulis dalam Kitab Kejadian 1:18: TUHAN Allah berfirman: "Tidak baik kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia."

1. Teks Firman Tuhan di atas berkaitan tentang 'Adam'. TUHAN memang merancang untuk menciptakan manusia sepasang 'Adam dan Hawa'. TUHAN tahu 'Adam' perlukan seorang isteri (penolong) yang sepadan dengannya.

2. TUHAN mengerti bahawa untuk memenuhi bumi dengan manusia maka manusia perlu beranak cucu. Sebab itu TUHAN menciptakan 'Hawa' dari rusuk (tulang) Adam yang sepadan dengan Adam. Adam menamakan dia 'perempuan'. Puji TUHAN!

3. Menyentuh tentang kisah Yusuf. Yusuf bukan sahaja dilantik sebagai penguasa (Mangkubumi=Perdana Menteri) Mesir tetapi Yusuf juga diberikan seorang wanita menjadi isterinya yang bernama Asnat (Kejadian 41:45). Apakah erti Asnat?

**Asnat adalah nama Mesir sejati, dari bentuk 'I(w).s-n-X, ertinya 'ia milik X', X merupakan nama suatu dewa, orang tua, atau kata ganti yang menunjuk pada salah satu dari kemungkinan itu. Asnat dapat merupakan bentuk 'Iw.s-(n)-Nt, ertinya 'ia milik dewa Neit', atau Iw.s-n-' t, ertinya 'ia milik ayahnya', atau Iw.s-n.t, ertinya 'ia milik anda'.**
(** Ensiklopedi Alkitab Masa Kini YKBK 1992)

4. Rakan, apa yang dapat kita pelajari mengenai hal di atas?

4.1 Rencana TUHAN untuk pernikahan adalah antara lelaki dengan perempuan. Bukannya lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Hari ini ada gereja yang membenarkan perkahwinan sejenis sedangkan ianya sebenarnya suatu DOSA!

4.2 Apakah TUHAN mencipta dua perempuan dari rusuk Adam? Tidak! Hanya seorang sahaja. Oleh yang demikian, rencana Allah(Elohim) dalam pernikahan adalah MONOGAMI.

4.3 Isteri adalah kurnia atau berkat dari TUHAN. Sebab itu bagi seorang lelaki yang mendapat isteri, ia sebenarnya mendapat suatu yang baik (istimewa, mulia dan berharga).

4.4 Bagi yang masih single, kenapa belum menikah? Dalam kitab Amsal 18:22 tertulis: Orang yang mendapat seorang istri mendapat sesuatu yang baik. Istri adalah berkat yang diberikan TUHAN kepadanya (FAYH).

4.5 Asnat telah diberikan oleh Firaun kepada Yusuf menjadi isteri yang sah. TUHAN memakai Firaun untuk memberkati Yusuf dengan seorang perempuan menjadi isteri (penolong) yang sepadan dengan Yusuf. Meskipun tidak tercatat, penulis berpendapat bahawa Yusuf tidak sembarang memilih wanita yang bakal menjadi isterinya. Bukankah Yusuf seorang berhikmat den berpengertian?

4.6 Dalam hal memilih pasangan hidup, TUHAN memberi kita hak untuk memilih. Namun biarlah pilihan kita itu sesuai dengan standard Firman TUHAN.

4.7 Sebelum menikah, seorang perempuan adalah milik & di bawah tanggungjawab orang tuanya. Namun setelah menikah perempuan tersebut kini menjadi 'milik' dan di bawah tanggungjawab suaminya, seperti Asnat milik Yusuf. Isteri adalah pemberian yang sangat berharga, mulia dan istimewa. Sebab itu ia harus dijaga dan disayangi sepenuhnya.

Penulis sudah beristeri. Namun topik berkaitan relationship dan pernikahan bukan kepakaran penulis. Rakan boleh merujuk kawan-kawan penulis seperti Pt Sulimon Galus, Tuan Pena Rajawali, Cikgu Peter R Bombon, Ps Sidik Lindaan & Ps Kuilam Bakau. Maaf bro semua, jual nama kamu.. :).

Rakan semua, Tuhan memberkati anda. Amin..
 COPY FROM PASTOR HAMZAH SABIN