"God's finger touched him, and he slept." - Alfred Lord Tennyson
Bila kucing kesayangan saya sakit tenat. Saya berdoa sama Bapa yang Di Sorga. Bapa, jangan ambil Niko saya. Saya sayang dia. Dalam masa yang sama, saya juga berdoa, Bapa, jangan biarkan Niko sakit. 1 jam saya bergumul dan saya sendiri melihat kesengsaraan kucing kesayangan saya tu. Selepas sejam tu, dengan hati yang tenang sambil menangis saya cakap, "Ba..pigi la ko Niko..pigi la.." itu adalah doa saya untuk Niko. Pergilah dengan tenang. Dengan kuasa Tuhan, hanya beberapa minit lepas saya cakap tu, Niko pun pergi untuk selamanya. Tuhan yang cipta dia, Tuhan jugalah ada hak atas hidup dan mati Niko. Begitu juga dengan kita. Ni kejadian buat saya sedar, kematian itu boleh datang dengan tiba-tiba. Tapi percaya lah. Tu semua kuasa Tuhan. Kita tidak boleh ubah apa yang sudah Tuhan tentukan..
Thanks Lord Jesus sebab bagi saya ketenangan mau menghadapi ni semua..
(The only domestic animal not mentioned in the Bible is the cat)
Friday
God Power
Posted by Veraa at 8:14 AM