BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday

Apalah guna saya ini?


Kira-kira dalam pertengahan masa latihan yang dipimpin oleh Sir Michael Costa, dengan bunyi trompet yang kuat, dentuman gendang, dan melodi biola yang sangat indah, pemain seruling pikolo berkata kepada dirinya sendiri, "Apalah guna saya ini? Lebih baik saya tidak meniupkan pikolo. Tiada juga yang dapat mendengar saya, seorang pun tidak." Oleh itu, dia biarkan alat muzik itu pada bibirnya, tetapi dia tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dalam beberapa saat, pemimpin itu berseru, "Berhenti! Berhenti! Di mana pikolo?" Orang yang paling penting merasa kehilangan akan sumbangan seruling pikolo yang kelihatannya tidak penting.

Baca:
Yohanes 6.1-14
(Seorang anak lelaki di sini mempunyai
lima ketul roti barli dan dua ekor ikan. --Yohanes 6.9")

Dalam kehidupan kita, ada beberapa masanya kita merasa tidak penting dan tidak berguna. Apabila dikelilingi oleh orang yang berbakat yang kelihatannya jauh lebih hebat daripada kita, maka pada masa-masa kita lemah kita tergoda untuk berfikir bahawa kita boleh bersantai serta berdiam diri dan bersikap " biarlah George melakukan kerja". Kita memberikan alasan bahawa apa yang dapat kita sumbang tidaklah begitu memberikan perbezaan besar.

Kita lupa bahawa Yesus telah menggunakan lima ketul roti dan dua ekor ikan untuk memberi makan kepada ramai orang. Sama seperti budak lelaki di lereng gunung, setiap kita mempunyai sesuatu yang penting untuk disumbangkan. Jika kita enggan menyumbangkannya, maka tindakan itu tidak bijak kerana kita tidak menghargai nilai sumbangan kita.

Sama ada bakat kita besar atau kecil, persembahan hebat itu tidak lengkap sehinggalah kita melakukan yang terbaik dengan apa yang telah diberikan Tuhan kepada kita.

Tuhan memerlukan benda-benda kecil,
Tiada yang terlalu kecil untuk-Nya;
Dia menambahkan berkat-Nya dan menjadikannya besar
Dia menggunakan setiap satunya dan juga semuanya.

God Bless Us..