BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday

KU TAHU PASTI.. SEMUANYA AKAN JADI INDAH PADA WAKTUNYA..

Terkadang dalam hidup ini, kita mengalami  hal-hal yang tidak kita inginkan.. Namun percayalah bahawa  Tuhan selalu merancangkan segala kebaikan demi kebaikan bagi setiap orang yang percaya kepadaNya.


ada waktu untuk berduka.. ada waktu untuk bersuka.. 
ya, hidup ni tidak semestinya selalu bahagia dan tidak selalunya untuk bersuka. kadang2 kita perlu juga rasa pahit hidup. tu bukan bermakna Tuhan tidak berserta kita, itu menunjukkan Tuhan masih kisah dengan kita. Dia mahu menyedarkan kita bahawa di saat kita sedang beRduka pun dia tetap ada dan tidak pernah meninggalkan kita..


ada waktu untuk berdiam.. ada waktu untuk berkata..
banyak benda dalam hati saya yang saya mau kongsikan kepada semua orang.. tapi ada waktu2nya kita harus berdiam dan bercakap dengan Bapa.. 


namun di atas segalanya.. ku tahu Allah ku berkerja.. mendatangkan kebaikan bagi yang mengasihiNya..
untuk segala sesuatu yang terjadi di hidup saya, keluarga saya, pelajaran saya, masa depan saya, pasangan hidup saya, pekerjaan saya.. semua buat saya stress sebenarnya. ada saja yang tidak kena..tapi saya tau, di atas segalanya Allah ku Yesus sedang merancang sesuatu kebaikan untuk saya..


mungkin tak ku pahami... apa yang kini aku alami..
saya sentiasa bertanya "Yesus, kenapa ini terjadi dengan saya?".. "kenapa benda ini mesti saya yang tanggung?" banyak lagi pertanyaan saya untuk setiap yang terjadi dalam hidup saya...


namun ku tau pasti.. kasih Allah ku takkan berhenti..
Allah itu baik.. saya sentiasa di tegur di saat2 saya mendengar lagu2 pujian dan penyembahan.. mungkin itu cara Bapa menegur anakNya ini.. Dia sentiasa berkata "Aku mengasihimu anakku... jangan berhenti percaya bahawa Aku mengasihimu lebih dari apa pun"


kan ku serahkan semua.. pergumulanku padaMu Yesus.. 
saya percayakan semua pergumulan kepada Yesus Tuhanku.. Dia saja yang mengerti atas semua yang terjadi.. dan dia ada rancangan untuk semua itu... rancangan yang menuju kepada kebaikan.. saya percaya kepadaMu Tuhan..


KERANA KU TAHU PASTI.. SEMUANYA AKAN JADI INDAH PADA WAKTUNYA..